| aurat wanita | |
|
|
|
Author | Message |
---|
luncai Ucu~ [kcik]
Posts : 4 Join date : 29/12/2008
| Subject: aurat wanita Tue Dec 30, 2008 3:09 pm | |
| 1 . Bulu kening Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur ( menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
2 . Kaki ( tumit kaki ) " Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya ) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " An-Nur : 31
a ) menampakkan kaki b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki
3 . Wangian " Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban
4 . Dada " Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31
5 . Gigi " Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani
" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik , yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim
6 . Muka dan leher " Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu " a ) bersolek ( make-up ) b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah
7 . Muka dan Tangan " Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali : pergelangan tangan dan wajah saja " Riwayat Muslim dan Bukhari
8 . Tangan " Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " Riwayat At Tabrani dan Baihaqi
9 . Mata " Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31
" Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan " Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi
10 . Mulut ( suara ) " Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32
" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ..Riwayat Ibn Majah
11 . Kemaluan " Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina ) " An Nur : 31
" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'hati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar
" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah " Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah
12 . Pakaian " Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka iailah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim
a ) Berpakaian tipis / jarang b ) Berpakaian ketat / membentuk c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang " Al Ahzab : 59
13 . Rambut " Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim
14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'hati suaminya, segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut , malaikat dilangit matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya " | |
|
| |
kay-rie Achik [da besar]
Posts : 339 Join date : 29/12/2008 Age : 31 Location : Villa Duta, Bkt Antarabangsa, Ampang, Selangor, Malaysia, Bumi, Cakerawala, (rahsia Allah)
| Subject: Re: aurat wanita Tue Dec 30, 2008 3:27 pm | |
| kalau la ada permpuan yang mengikut semua yang dalam list 2...
aku orang pertama pergi lamar dia...
hahaha | |
|
| |
eshadphantom Ucu [da pandai lari]
Posts : 166 Join date : 27/12/2008 Age : 34 Location : Malaysia skrg...
| Subject: Re: aurat wanita Tue Dec 30, 2008 3:48 pm | |
| wah... susah nak cari pompuan yg ikut sume list2 ni.. huhuhuhu | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Tue Dec 30, 2008 4:22 pm | |
| | |
|
| |
eshadphantom Ucu [da pandai lari]
Posts : 166 Join date : 27/12/2008 Age : 34 Location : Malaysia skrg...
| Subject: Re: aurat wanita Tue Dec 30, 2008 4:23 pm | |
| - raihan-yasminna wrote:
- adei
asal? terasa ke? hehehehe | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Tue Dec 30, 2008 11:31 pm | |
| bkn cume bkn sng nk jd wanita wa3 | |
|
| |
eshadphantom Ucu [da pandai lari]
Posts : 166 Join date : 27/12/2008 Age : 34 Location : Malaysia skrg...
| Subject: Re: aurat wanita Tue Dec 30, 2008 11:55 pm | |
| hm.. btol gak tu.. tp, kalo wanita ikut sume yg islam ajar.. senang2 bley masuk syurga ikut mane2 pintu... | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Wed Dec 31, 2008 12:11 am | |
| mmg btol tp kamu jgn lupe sume2 ape yg ditunjuk atas tu ade satu forum yg ana msk nie join la en ade beberapa kekhilafan dlm sume sanad hadis2 tu | |
|
| |
kay-rie Achik [da besar]
Posts : 339 Join date : 29/12/2008 Age : 31 Location : Villa Duta, Bkt Antarabangsa, Ampang, Selangor, Malaysia, Bumi, Cakerawala, (rahsia Allah)
| Subject: Re: aurat wanita Wed Dec 31, 2008 1:56 pm | |
| hahaha.... susah kan jadi wanita...
tapi susah payah nak jadi lelaki... kah3...
its hard 2 find the perfect choice... tp percaya la...
sempurna pada insan biasa tuh x kan membawa kebahagiaan... pergh... hahaha.... korang fikir la individually. | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Wed Dec 31, 2008 2:31 pm | |
| masheng2 ade kelebihannye mcm satu cnth la sorunk isteri kne patuh pd suami en smpai ade satu riwayat sahih[x ingat riwayat pe] rasul allah prnh wt pernyataan yg klo die leh suroh manusia menyembah manusia die akan suroh seorang isteri menyembah suami.so dr sini ade sestgh pihak perempuan x stuju and think its quite not fair la well come to think of it klo wanita tu ade anak lelaki pon anak lelaki tu pon diwajibkan utk taat pd die die mcm mutual process | |
|
| |
kay-rie Achik [da besar]
Posts : 339 Join date : 29/12/2008 Age : 31 Location : Villa Duta, Bkt Antarabangsa, Ampang, Selangor, Malaysia, Bumi, Cakerawala, (rahsia Allah)
| Subject: Re: aurat wanita Wed Dec 31, 2008 2:41 pm | |
| sahih hadis tuh.
ak pun pernah dngar masa kuliah kat tanah haram dulu...
Rasulullah cakap (lebey kurang la...): "kalau dibenarkan manusia sujud sesama manusia, akan aku perintahkan supaya isteri sujud kepada suaminya".
sebelum nabi ckp mcm 2, ada crite lg, tp x ingat...
suami tugasnya lebih berat dalam sebuah organisasi keluarga, smpai kalau boleh Nabi nak suruh org pompuan sujud kepada suami mereka...
jgn ckp "its not fair" atau seumpamanya, sebab kalau Rasulullah sendiri yg ckp mcm tuh, msti ada sebab yg tertntu...
hahaha... tapi dia akan kembali kepada "fair" sebab Rasulallah menyebut perkataab "ibu" sebanyak 3 kali, kemudian barulah "ayah"....
Islam itu adil, yang disampaikan dan diarahkan mengikut sebab yg tertentu dan demi kebaikan manusia itu sendiri. | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Wed Dec 31, 2008 3:12 pm | |
| ngah3 byk lg pertikaian antara hak laki dan pompuan nie | |
|
| |
kay-rie Achik [da besar]
Posts : 339 Join date : 29/12/2008 Age : 31 Location : Villa Duta, Bkt Antarabangsa, Ampang, Selangor, Malaysia, Bumi, Cakerawala, (rahsia Allah)
| Subject: Re: aurat wanita Wed Dec 31, 2008 3:16 pm | |
| hahahaha... percaya je pada Islam...
bukankah dah terbukti yang Islam itu benar dan melangkaui zaman??
orang yang menghalang diri anda daripada mempercayai Islam... hanyalah diri anda sendiri...Syaitan cuma mengganggu | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Wed Dec 31, 2008 3:35 pm | |
| erm jgn ckp kat ana ckp kat org len hua3 mengapa mrk mempertikai hak poligami | |
|
| |
rebornyama Admin (^_^)
Posts : 134 Join date : 28/12/2008 Age : 32 Location : Tmn Bkt Mulia, Bkt Antarabangsa
| Subject: Re: aurat wanita Wed Dec 31, 2008 4:11 pm | |
| - raihan-yasminna wrote:
- erm
jgn ckp kat ana ckp kat org len hua3 mengapa mrk mempertikai hak poligami POLIGAMI sering dijadikan isu oleh golongan orientalis dan Islam liberal.... Antara soalannya.... Kenapa orang laki2 boleh kawen sampai 4.... tapi perempuan x boleh? Sapa nak jawab~ *ni soalan yg diberi masa kat NKI SBP yg lalu....* | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Wed Dec 31, 2008 4:30 pm | |
| byk jwpnnye dn pd pndgn ana poligami itu mmg dibenarkan itupun jika seorang lelaki itu yakin bahawa die boleh bersifat adil dan jika die x yakin boleh berlaku adil,maka kahwinilah seorang sje.itu lebey dkt dr x membuat aniaya. erm mengapa perempuan x dibenarkan berpoligami plak hmmm soklan cepumas nie pd pndpt ana klo sorunk wanita berkahwin lbey dr satu en sbg cnth die mengandung bley kite sahkan itu anak sape? ye mungkin dgn teknologi skrg kite leh determine melalui ujian dna tp akn ade pihak x berpuas atie nk claim ank dlm kandungan itu ank mrk sdiri cnth suami pertama kate itu ank die tp melalui ujian dna anak itu hasil dgn suami kedua x ke mengakibatkan pergaduhan? ini cume pendapat ana la.spt kata saidina abu bakar - Quote :
"jika aku bnr maka sokonglah aku.Jika aku slh maka tegurlah aku" | |
|
| |
rebornyama Admin (^_^)
Posts : 134 Join date : 28/12/2008 Age : 32 Location : Tmn Bkt Mulia, Bkt Antarabangsa
| Subject: Re: aurat wanita Wed Dec 31, 2008 5:57 pm | |
| emmmm.... betul2 ada jwp laen x??? masa ana pegi NKI hari tuh... die kasi 6 sbb~ so...answers anyone??? | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Thu Jan 01, 2009 3:29 pm | |
| ni copy paste dr blog ana.
Berkenaan persoalan apakah apa yang berada di bawah pergelangan kaki wanita adalah aurat yang wajib ditutup atau tidak, marilah kita mengkaji dalil-dalil yang digunakan oleh kedua-dua pihak, pertama oleh mereka yang berkata ia wajib ditutup dan kedua oleh mereka yang berkata ia tidak wajib ditutup.
[1] Dalil al-Qur'an.
Surah an-Nur 24:31: "Janganlah mereka (wanita mukminat) menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya."
Diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas bahawa apa yang zahir ialah muka dan tangan (selepas pergelangan tangan). Namun riwayat ini diperselisihkan darjatnya.
Pendapat lain menyatakan, termasuk yang zahir ialah muka, tangan dan di bawah pegelangan kaki.
[2] Dalil as-Sunnah.
Dari Umm Salamah r.a., ketika Rasulullah s.a.w. menerangkan tentang sarung, aku bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana dengan sarung orang wanita?" Baginda menjawab: "Labuhkan ukuran sejengkal." Aku bertanya lagi: "Bagaimana jika terbuka darinya (hingga nampak kaki)?" Baginda menjawab: "Labuhkan lagi ukuran sehasta, jangan melebihi itu." [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4117].
Hadis ini menimbulkan dua pandangan:
a = Ia adalah dalil jelas (Qat'e ad-Dilalah) bahawa keseluruhan kaki ialah aurat, termasuklah di bawah pergelangan kaki. Ini pandangan majoriti.
b = Ia adalah dalil yang tidak jelas (Dzann ad-Dilalah) sebab ukuran sehasta itu hendak dimulakan dari mana?
Beberapa kitab syarah hadis yang saya rujuk berkata ia bermula dari pertengahan betis. Tetapi ukuran ini masih longgar, kerana batas pertengahan itu agak subjektif. Justeru betis confirm aurat tetapi apa yang berada di bawah pergelangan kaki belum confirm aurat atau tidak.
[3] Dalil ijma'.
Setakat yang saya cari, tidak ada ijma' bahawa apa yang berada di bawah pergelangan kaki adalah aurat yang wajib ditutup. Yang benar ia adalah pendapat jumhur = Maliki, Syafi'e dan Hanbali. Hanafi berselisih pandangan. Sebahagian tokoh Hanafi kata aurat, sebahagian kata tidak.
[4] Dalil Qiyas.
Ini hujah paling kuat bagi pihak yang mengatakan apa yang berada di bawah pergelangan kaki bukan aurat. Jika 'illat dibenarkan membuka muka dan selepas pergelangan tangan ialah untuk memudahkan kerja-kerja harian, maka apa yang berada di bawah pergelangan kaki juga boleh dibuka kerana ia juga digunakan untuk kerja-kerja harian.
Syaikh Abdul Karim Zaidan berkata:
"...sesungguhnya dua kaki (pergelangan ke bawah) bukan aurat yang wajib ditutup. Pernakwilan seperti itu dikuatkan oleh adanya keperluan membuka kedua kaki jika wanita berjalan kerana apabila dia menggunakan alas kaki (stokin?), maka hal itu akan menyibukkannya (menyukarkannya)."
[5] Dalil tujuan syari'at (maqasid)
Ada pun dari sudut hikmah dan tujuan menutup aurat, iaitu untuk melindungi wanita daripada syahwat lelaki, Syaikh Abdul Karim Zaidan berkata:
"Di samping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarikan bagi lelaki ketika dia melihatnya , dan tidak seperti ketika dia melihat wajah (wanita). Kalau wajah saja tidak merupakan aurat, padahal ia lebih banyak menjadi daya tarikan bagi lelaki, maka apatah lagi kaki. Oleh sebab itu kaki (pergelangan ke bawah) tidaklah termasuk aurat wanita." [Ensaiklopedia Fiqh Wanita, jld. 1, ms. 282]
Kajian terhadap lima dalil di atas menunjukkan bahawa majoriti ilmuan Islam berpendapat apa yang berada di bawah pergelangan kaki ialah aurat. Ini diterjemahkan oleh para muslimat dengan amalan memakai stokin kaki.
Namun terdapat minoriti ilmuan yang berpendapat ia bukan aurat yang wajib ditutup. Ini diterjemahkan oleh para muslimat yang memakai baju kurung, jubah dan sebagainya yang menutupi hingga ke pergelangan kaki, tanpa memakai stokin.
Antara dua pendapat ini, saya membiarkan ia terbuka. Masing-masing pihak boleh memilih pendapat yang dianggapnya paling kuat. Pada waktu yang sama hormatilah pihak yang memilih pendapat yang berbeza darinya.
Berilah prioriti kepada muslimat yang tidak menutup apa yang sudah disepakati oleh para ilmuan sebagai yang patut ditutup.
p/s:cube lihat ini.menarik bukan?btw kpd syazwan..pekate soh org len jwb.mereka lebey bijak pandai[url][/url] | |
|
| |
Nabiella Admin (^_^)
Posts : 123 Join date : 27/12/2008 Age : 32 Location : ~Big River~ [ceewwaaahh]
| Subject: Re: aurat wanita Thu Jan 01, 2009 6:07 pm | |
| Pompuan x leh kawen empat sebab pompuan sangat beremosi.. kurang fikir panjang... kang ttbe tengah mara... "owh... kao.. derhaka sama isteri.. aku ceraikan kau!!!" kata si isteri kepada suaminya. padahal masa tuh suaminyer x nak belikan rantai jer... hua3..
p/s: ape aku cakap neyh? | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Thu Jan 01, 2009 6:12 pm | |
| ontah la tp jwpn leh trime | |
|
| |
rebornyama Admin (^_^)
Posts : 134 Join date : 28/12/2008 Age : 32 Location : Tmn Bkt Mulia, Bkt Antarabangsa
| Subject: Re: aurat wanita Fri Jan 02, 2009 8:06 am | |
| hohoho.... kamu semua nk tau jawapan die??!! hehe.... bkk sekolah nnti pegi tanya bebdk yg pegi nki hari tuh~ | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Fri Jan 02, 2009 11:57 pm | |
| setek tol x nk bgtau kat sini wa3 | |
|
| |
kay-rie Achik [da besar]
Posts : 339 Join date : 29/12/2008 Age : 31 Location : Villa Duta, Bkt Antarabangsa, Ampang, Selangor, Malaysia, Bumi, Cakerawala, (rahsia Allah)
| Subject: Re: aurat wanita Sat Jan 03, 2009 2:24 am | |
| apa salahnye kalau bgtau je kat sini....
aku memang anti btul la ngan org cm2....
gaya wat misteri je..... hahahaha.....
kongsilah.... sama-sama dapat manfaat...... | |
|
| |
raihan-yasminna Angah [Pra-Otai]
Posts : 416 Join date : 30/12/2008 Location : edge of orchid city?
| Subject: Re: aurat wanita Sat Jan 03, 2009 4:07 pm | |
| hahaha fatwa aqlima mengatakan bhwe - Quote :
- brg siapa yg membuat saudaranye tertanya2 sbyk 3 kali.maka die telah menambah dosa
| |
|
| |
Nabiella Admin (^_^)
Posts : 123 Join date : 27/12/2008 Age : 32 Location : ~Big River~ [ceewwaaahh]
| Subject: Re: aurat wanita Sat Jan 03, 2009 4:27 pm | |
| - raihan-yasminna wrote:
- hahaha
fatwa aqlima mengatakan bhwe - Quote :
- brg siapa yg membuat saudaranye tertanya2 sbyk 3 kali.maka die telah menambah dosa
Rai... hahaha.. pedas2.. p/s: Syazwan... nak jwb x????? | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: aurat wanita | |
| |
|
| |
| aurat wanita | |
|